Makluman

Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Pilah [16 .01. 2020]


Khamis, 16 Januari 2020 - Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ), bawah bimbingan Cikgu Khir, telah menghantar 2 pasukan, pasukan lelaki dan pasukan perempuan, untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi kategori bawah 12 tahun. Pada tahun ini, SK. Ulu Sungai Dua telah ditugaskan untuk menjadi penganjur bagi kejohanan kali ini.

        Hasil daripada latihan dan azam yang kuat, dua orang atlit merentas desa lelaki SKPJ telah berjaya mendapat Johan dan juga tempat ke-4. Mereka ialah Aqil Redza dan juga Shahril Mujmal. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan tahniah juga diucapkan kepada para wakil sekolah yang lain kerana telah bekerja keras untuk mengharumkan nama sekolah.

         Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi - tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan juga penjaga yang telah berkerjasama secara lansung atau tidak lansung dalam usaha mencapai pencapaian yang cemerlang ini.







Foto : Khir Yaman

No comments