Makluman

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah [09.01.2020]


Khamis, 9 Januari 2020 - Sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) telah menganjurkan satu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi murid Tahap 2 pada 09 Januari 2020 yang lepas.

Acara tahunan ini diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk menyumbangkan markah untuk rumah sukan masing-masing dan segala keputusan pemarkahan akan dikira dan dibawa ke Kejohanan Balapan untuk menentukan pemenang keseluruhan antara rumah. Kejohanan ini juga turut memberi peluang kepada guru-guru untuk memilih wakil sekolah ke peringkat daerah nanti.

Selain itu, Kejohanan Merentas Desa ini juga diharap dapat melahirkan gaya hidup sihat di kalangan murid-murid. Semoga usaha-usaha ke mercu kejayaan ini akan mencapai realiti dengan komitmen padu seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh.

Cikgu Raimee, GPK Kokurikulum, menyampaikan taklimat sebelum kejohanan bermula.
 
Murid melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan larian.
Guru Besar, En. Kamarudin, melepaskan peserta perempuan terlebih dahulu dan diikuti peserta lelaki 10 minit kemudian.





Sir John dan Ustazah Nik bertugas sebagai pegawai di 'Checkpoint 1'.

Cikgu Zarina, Cikgu Hajar dan Cikgu Wan bertugas sebagai pegawai di 'Checkpoint 2'.



Sir Fauzi bertugas sebagai Marshall untuk kejohanan ini.
Cikgu Hashim, Ustazah Safena dan Ustazah Hasifah bertugas sebagai pegawai di 'Checkpoint 3'.














No comments