Makluman

Program Semarak Kasih bersama Tuanku Aishah Rohani bt Almarhum Tengku Besar Mahmud

19 Januari 2020, Ahad - Program Semarak Kasih Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke 72 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Tunku Najihah, Seri Menanti, Kuala Pilah. 

Bersempena itu, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) telah menghantar empat orang murid tahun 6, Adam Badlishah, Azma Iman, Nur Farhana dan Nuriena, di bawah bimbingan Pn. Nurrul dan Pn. Hasifah untuk mengadakan pameran berkaitan pembelajaran PAK21.

Semasa pameran berlansung, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli melawat booth pameran SKPJ. Sepanjang sesi lawatan tersebut, murid-murid SKPJ berpeluang mempamerkan bahan-bahan inovasi pengajaran dan pemudah caraan yang telah dihasilkan kepada Tuanku Aishah Rohani sendiri.









No comments