SELAMAT TAHUN BARU 2020
2020: SEUNTAI KATA SEGUNUNG HARAPAN GURU BESAR
Syukur kerana dengan izin Allah kita dapat bersua kembali. Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ). Kepada warga pendidik khususnya, kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baharu dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah pada tahun 2020.

Merealisasikan
visi dan misi SKPJ, Perancangan Strategik Sekolah telah
disediakan sebagai asas kepada semua warga sekolah untuk mencapai
sasaran berasaskan Key Peformance Index ( KPI ) yang telah ditetapkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Komitmen dan
kerjasama daripada semua pihak SKPJ sangat diperlukan bagi menggarap
anak bangsa kita menjadi modal insan yang diimpikan. Perjuangan belum
selesai. Ayuhlah bersama-sama mengembleng usaha dan tenaga bersama buah
fikiran yang matang dalam menjurus ketrampilan dan kecemerlangan di bumi
keramat SKPJ ini.
Jadikan medan ini
sementara kita berupaya menggalas tugas dan tanggung jawab serta amanah
besar ini untuk melihat kelangsungan generasi pewaris yang lebih
gemilang agar tidak nanti kita semua dipersoalkan di sana nanti.
”Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah
kita,
semalam adalah teladan dan untuk menghadapi hari
esok
jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai
pedoman
dalam menerokai sebuah penghidupan”
- Tuan Kamarudin bin Said
Guru Besar SK. Pusat Juasseh.
No comments